Gambar terakhir Primadona Azean Irdawati, kini telah pergi mengadap ilahi - Alfatihah !



Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Berikut adalah gambar-gambar terakhir Allahyarhamah semasa di temubual oleh sebuah stesen Tv baru-baru ini, Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Allahyarhamah yang sering keluar masuk hospital sebelum ini menghidap penyakit kanser payudara sehingga ia menjadi kritikal apabila ia merebak kepada barah tumor

 Azean yang pernah popular dengan lagu Bawalah Daku Bersamamu pada tahun 1980-an pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia pertama (FFM1) menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada FFM3.
Sepanjang penglibatannya dalam seni, beliau banyak berlakon filem termasuklah Mama Oh Mama, Perjanjian Syaitan, Perempuan, Bintang Malam, Sutera Putih, Baginda, Layar Lara, Mami Jarum Kembali dan Waris Jari Hantu serta berpuluh-puluh drama televisyen tempatan.
Al-fatihah untuk Allahyarhamah semoga roh nya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang di redai Allah , Amin , Salam Takziah untuk keluraga Allahyarhamah.




0 comments: