(Tahniah) Norzie Pak Wan Chek Selamat Melahirkan Cahayamata Keempat



Pasangan selebriti Aidid Marcello dan isteri, Norzie Pak Wan Chek pernah mencipta sejarah apabila majlis perkahwinan mereka berlangsung di perkarangan Station Television TV3 beberapa tahun yang lalu. Kini sedar tak sedar, pasangan ini baru sahaja menimang cahayamata keempat mereka semalam.

Norzie selamat melahirkan cahayamata lelaki mereka kira-kira pada jam 8.56 pagi secara pembedahan. Berita itu dikongsikan sendiri oleh suaminya, Aidid melalui laman sosial Twitter miliknya semalam.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. My hero dah selamat melihat dunia. Thanks to all.” – Aidid Marcello




Bayi lelaki yang dilahirkan seberat 3.44kg itu telah diberi nama oleh mereka iaitu Muhammad Ibrahim.

0 comments: