Rossa Dikritik Hanya 2 Bulan Bertudung Selepas Tunai Haji


Penyanyi dari Indonesia, Rossa yang terkenal dengan lagu Hati Yang Kau sakiti dikritik hebat oleh peminat apabila dia tampil tidak bertudung selepas dua bulan menunaikan Haji di Mekah.

Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, 35 hanya memakai tudung selama dua bulan selepas sekembalinya dari Mekah dan mengakui menerima pelbagai kritikan daripada tindakannya yang tampil tidak bertudung.

Namun, menurut Rossa dia mengambil kritikan itu sebagai sesuatu yang positif kerana menyifatkan orang ramai prihatin terhadap dirinya.
    “Saya faham apabila ramai yang tidak senang melihat saya masih tidak bertudung walaupun sudah bergelar hajah seperti kebanyakan wanita lain. Ramai juga yang mengkritik, tetapi saya menerimanya dengan hati terbuka. Saya tahu kritikan itu untuk kebaikan saya juga.

    “Bagaimanapun semua itu perlu datang pada diri sendiri. Apabila tiba masanya nanti pasti saya akan bertudung juga,” jelas Rossa.


Tambah Rossa, tindakannya itu adalah kerana dia perlu menyelesaikan beberapa kontrak yang memerlukan dirinya tidak bertudung sebelum benar-benar berubah kepada imej baru.

0 comments: