Bade Restu Anak Bercinta Dengan Sharifah Sakinah


Gosip percintaan antara pelakon Sharifah Sakinah dan anak kepada pengarah Erma Fatima dan Bade iaitu Syamil Equan telah diketahui umum. Malah Sharifah Sakinah sendiri mengakui kebenaran gosip itu.

Dikatakan percintaan itu turut mendapat restu daripada Erma dan Bade. Bade melahirkan rasa gembira malah menyifatkan Sakinah seorang yang matang dalam bercinta.

    “Ya, saya tahu tentang Albab (Syamil Equan) dengan Sakinah. Mereka pun baru jer bercinta. Sakinah ada berlakon dalam drama saya, ‘Planet Kiara’ dan saya rasa sejak tu la agaknya mereka bercinta. Erma pernah cakap, Albab ni kalau bercinta, memang lupa daratan. Saya rasa, apa yang Erma cakap tu betul. Saya tengok Sakinah lebih matang”, kata Bade.

Namun dalam masa yang sama, Bade tidak mahu mereka terlalu alpa dalam percintaan hingga memberi kesan kepada kerjaya masing-masing.

    “Biarlah mereka lalui pengalaman bercinta mereka sendiri. Saya waktu muda-muda dulu pun bercinta. Harapnya percintaan mereka memberikan sesuatu yang positif. Harap mereka dapat bekerja dengan lebih baik. Jangan pula kerana asyik bercinta, sampai menjejaskan disiplin masing-masing pula nanti”, ujarnya lagi.

0 comments: