Awal Dan Scha Tunai Umrah Ramadhan Ini


Sungguh mesra pasangan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari ini kan? Raut wajah mereka jelas menggambarkan yang pasangan ini sedang meniti saat-saat indah dan bahagia dalam perkahwinan mereka. Terserlah kegembiraan dalam senyuman mereka. Alhamdullilah.

Pasangan ini dijangka akan menunaikan umrah pada bulan Ramadhan ini pada minggu ke-2 atau minggu ke-3. Mereka sudah pun mendaftar dengan sebuah agensi perkhidmatan umrah namun pada masa yang sama masih menimbangkan beberapa agensi lain. Scha dan Awal akan ditemani oleh keluarga keluarga masing-masing.


Menurut Scha al-Yahya,

    Oleh kerana ini yang pertama kali bagi saya, sebagai persiapan saya ada membeli beberapa buku panduan mengerjakan umrah. Kami juga akan menghadiri kursus untuk mendapat gambaran dan sedikit ilmu sebelum menjejakkan kaki ke sana. Kami pergi ke sana untuk berdoa agar dikurniakan cahaya mata. Selain itu, kami juga ingin berdoa agar lebih dimurahkan rezeki.



0 comments: