PENGGANAS SULU AKAN SERANG SABAH HARI INI ATAU ESOK .... ???
DIKHABARKAN.... Pengganas dari Selatan Filipina akan menyerang Sabah esok dan hari Khamis ini tersebar luas. Malah polis sendiri mengaku mereka terima maklumat tersebut.
Bagi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk ancaman serangan pihak asing.
Menurutnya bagi memastikan ancaman itu ditangani dari awal, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Gerakan Marin, Pasukan Gerakan Am dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melancarkan pelbagai operasi.
“Operasi itu termasuklah Ops Cantas Khas oleh PDRM dan Ops Gasak oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah. Melaluinya kita akan ‘flush out’ semua anasir yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis, Komander dan Komandan di Kuala Lumpur pada Isnin.
Beliau ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan beberapa kumpulan militan termasuk kumpulan Abu Sayyaf dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mahu menyerang tiga kawasan iaitu Pulau Selingan (Sandakan), Pulau Langkayan (Beluran) dan Resort Sukau (Kinabatangan), pada esok dan hari Krismas ini.
“Kami terima maklumat itu dan kami bersiap sedia,” kata Khalid.
Pada 1 dan 2 Mac 2013 akan dikenang sebagai detik hitam yang menyaksikan kedaulatan negara dicabar dan lapan wira tanah air gugur mempertahankannya.
Pada tarikh itu bumi Lahad Datu dan Semporna, Sabah, bermandi darah apabila senjata api kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memuntahkan peluru menembusi tubuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika mereka memburu pengganas yang mendakwa daripada kesultanan Sulu.
Kumpulan itu dikenal pasti pengikut Jamalul Kiram III yang mendakwa dia waris sah kesultanan Sulu, menceroboh dan mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Feb bagi merampas kembali wilayah mereka di pantai timur Sabah tersebut.
Pencerobohan kumpulan pengganas itu turut mengorbankan dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sebanyak 68 anggota militan maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara.
0 comments: