Siri Kartun Doraemon Akan Diharamkan!!!



Di Bangladesh anime ini menjadi kontroversi nasional kerana dikatakan menjadikan anak-anak Bangladesh pemalas, suka ponteng sekolah dan menjadi agen India dalam menghancurkan bahasa kebangsaan Bangladesh.


Anime Doraemon ditayangkan di Disney Channel India yang boleh ditonton di Bangladesh. Untuk versi tempatan, anime ini dialih bahasa kepada bahasa Hindi. Ibu-bapa serta ahli politik risau anak muda Bangladesh mempelajari bahasa Hindu, bahasa kegunaan jiran mereka India dan akan melupakan bahasa kebangsaan iaitu Bengali. Selain daripada itu mereka juga mengatakan Nobita memupuk semangat malas kerana sentiasa memerlukan bantuan Doreaemon untuk segala benda. Ahli politik Bangla mahukan anime ini diharamkan dari tayang TV tempatan sebelum anak-anak Bangladesh menjadi pemalas. Di dalam beberapa laporan akhbar tempatan ada juga ibu bapa menyalahkan masalah ponteng sekolah terhadap Doraemon.

0 comments: