GAMBAR BAYI IBU TUMPANG SHAH RUKH KHAN TERSEBAR!!!


Apabila Shah Rukh Khan (SRK) mengumumkan keputusan untuk mendapatkan anak ketiga menggunakan kaedah ibu tumpang, ia mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk soal hukum agama.

Tidak hairanlah, bintang filem Bollywood ini kemudiannya bertindak mendiamkan diri dan enggan memberi sebarang kenyataan tentang anak ketiganya yang lahir pada 27 Mei lalu. Bayi yang dikenali sebagai AbRam ini juga tidak pernah diperlihatkan kepada umum sejak kelahirannya.

Bagaimanapun ketika sambutan Aidiladha 16 Oktober lalu, gambar bayi AbRam yang pertama dipercayai telah berjaya dirakamkan secara tidak sengaja.

Ia berlaku ketika SRK melakukan rutin yang sudah lama diketahui peminat di negaranya setiap kali sambutan Hari Raya iaitu memanjat pintu pagar banglonya yang dikenali sebagai Mannat sebelum melambai dan menyapa peminat akan berkerumun di situ sejak awal pagi.

Tahun ini ketika SRK melakukan perkara sama, seorang jurugambar bertindak memfokuskan lensa kameranya ke balkoni Mannat lalu merakam pekerja-pekerja SRK sedang berdiri di sana sambil memandang ke arah peminat yang membanjiri luar kediaman tuan mereka.

Salah seorangnya, dilihat sedang menyusukan bayi yang memakai lampin merah, dipercayai AbRam.

Maka secara rasminya, inilah foto pertama anak bongsu SRK yang berjaya dirakam sekaligus beredar di internet. Jadilah untuk memuaskan hati peminat-peminat SRK kan..

Selain bayi AbRam, Shah Rukh Khan dan isteri, Gauri mempunyai dua anak iaitu Aryan, 15, dan Suhana, 13.


0 comments: