Raja Azmi Rancang Bertunang 15 Julai, Kahwin 15 September
Kalau sudah jodoh, pasti tidak ke mana. Usia 54 tahun ternyata tidak menghalang Raja Azmi untuk berkahwin sekali lagi selepas perkahwinannya dengan Jailani Sidek menemui kegagalan. Lelaki bertuah yang berjaya mencuri hati Raja Azmi ialah Eddie, 45 tahun yang merupakan pemain gitar kumpulan rock CRK
Eddie juga merupakan seorang duda anak dua. Mereka berdua mula menjalinkan hubungan cinta sejak lima bulan lalu. Kata Raja Azmi:-
Inilah yang dikatakan suratan takdir. Sebagai manusia biasa, saya tidak dapat menolak perasaan cinta apabila ia hendak datang dan akhirnya saya dipertemukan deogan seorang lelaki yang saya yakin paling sesuai menjadi calon suami saya nanti.
Perkenalan kami bermula sejak Januari lalu apabila saya diperkenalkan kepada Eddie oleh anak saudara beliau yang juga jurulatih di gimnasium yang selalu saya pergi di Kota Damansara.
Mulanya kami berdua hanya bersahabat namun lama-kelamaan terbit pula perasaan sayang kerana Eddie sangat mengambil berat mengenai diri saya dan mahu mendekati anak-anak saya. Kami juga selalu berbincang dan berkongsi masalah bersama-sama.
Amboi romantik juga Raja Azmi ini. Memang betullah orang kata makin tua makin romantik seseorang itu. Tambah Raja Azmi lagi:-
Eddie berkata sejak isterinya meninggal dunia kira-kira enam tahun lalu, hidupnya sunyi dan dia hanya ditemani dua anak lelakinya. Kemudian keluar bersama anak-anak kami dan kemesraan terus terjalin sebagai sebuah keluarga. Saya akui sangat bahagia kerana seluruh keluarga kami dapat menerima hubungan kami. Doakan kebahagiaan kami.
Menurut Raja Azmi, majlis pertunangan dirancang akan dijalankan pada 15 Julai ini. 2 bulan selepas itu akan diadakan pula majlis pernikahan. Semoga segalanya berjalan lancar buat Raja Azmi dan Eddie.
0 comments: