Video Budak Di Dera Di Taska Permata!!!


Bapa kepada seorang kanak-kanak di Taska Permata Harapan telah memasang kamera tersembunyi pada beg sekolah anaknya kerana berasa curiga apabila anaknya sering kali menangis apabila hendak dihantar ke taman asuhan tersebut. Mengejutkan apabila hasil rakaman video tersebut memaparkan salah seorang kanak-kanak di taska terbabit dipukul dan ditampar dengan teruk oleh pengasuh disitu.

Rakaman dibuat pada 18 oktober 2013 dan kini tersebar dilaman sosial. Mengejutkan apabila pengasuh yang didakwa memukul kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Puan Rozita yang juga merupakan pemilik taska. Susulan daripada itu, laporan polis telah dibuat berhubung isu terbabit. Hasil siasatan mendapati Taska terbabit tidak berdaftar dengan pihak Jabatan Kabajikan Masyarakat (JKM). Rakaman itu dibuat oleh seorang pengadu yang dikenali sebagai Mohamad. Rakaman itu kemudian dikongsi dengan seorang ibu yang turut menghantar anaknya ke pusat asuhan tersebut.

Video rakaman dera budak di Taska Permata Harapan, Taman Melati

0 comments: