Pelukis Guna Pensil Warna Hasilkan Lukisan ‘Hidup’!!(4 Gambar)


SEKALI pandang, anda pasti menyangka gambar di bawah merupakan gambar sebenar.
Hakikatnya, ia merupakan lukisan ‘hidup’ yang dilukis oleh Adolfo Fernandez Rodriguez, pelukis yang berasal dari Madrid.

Walaupun mula melukis dengan pensil pada usia 40 tahun, beliau menguasai teknik lukisan dengan sangat cepat.
Ramai yang menyangka lukisan ‘hidup’nya dihasilkan dengan menggunakan cat minyak dan sebagainya, namun Rodriguez sebenarnya hanya menggunakan pensil warna.

Lihat sahaja lukisan permukaan air yang seolah-olah berkocak yang dihasilkannya. Sangat teliti dan mengagumkan!




0 comments: