Tunang Serah Kepada Shah Jaszle Untuk Selesai Masalah


Tunang kepada Shah Jaszle, Redzwani Puteri menyerahkan sepenuhnya kepada pelakon lelaki itu untuk menyelesaikan masalah berhubung kes khalwatnya. Kemelut yang melanda mereka semakin mendalam selepas wanita yang ditangkap khalwat dengan Shah Jaszle muncul membuat kenyataannya sendiri baru-baru ini.

Redzwani Puteri memberitahu perkara tersebut menerusi SMS. SMS tersebut berbunyi:-

    Maaf banyak-banyak kerana saya sedang sibuk. Berkenaan isu tersebut saya serahkan kepada Shahrizal untuk selesaikan.

Ibu Shah Jaszle yang merupakan pengurus pelakon tersebut turut memberitahu yang anaknya akan mengadakan satu sidang media untuk menjelaskan perkara ini. Kata ibunya:-

    Maaf, saya tidak boleh nak bagi apa-apa komen. Perkara tersebut akan diselesaikan melalui satu sidang media yang akan dibuat oleh Shahz dalam masa terdekat ini


Diharap Shah Jaszle akan melakukan sidang media itu secepat mungkin. Ini kerana reputasi Shah Jaszle semakin tercalar selepas wanita yang dikenali dengan nama Farah itu tampil menerusi Harian Metro hari ini. Apa-apa pun, sama-samalah kita nantikan penjelasan yang bakal diberikan.

0 comments: