Shae Tidak Anggap Bobo Burukkan Lagu Sayang


Penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagu “Sayang” tidak menganggap video parodi yang dihasilkan oleh Bobo memburukkan lagu tersebut malah Shea mengakui dia juga turut terhibur dengan gelagat Bobo malah sekaligus mempopularkan lagi lagu tersebut dia negara ini.

    “Saya tidak marah kerana bagi saya dia buat parodi itu hanya untuk hiburan sahaja, ia tidak memburukkan lagu itu. Malah saya rasa parodi tersebut diterima oleh masyarakat. Saya gembira kerana dia pilih lagu saya,” Jelas Shae.

Shea, atau nama sebanar Sheryl Gething, 19, digandingkan bersama Bobo ketika mempersembahkan lagu “Sayang” pada Anugerah Blockbuster 2 baru-baru ini menganggap kerjasama itu adalah suatu kenangan manis buatnya.

    “Dia sangat kelakar dan buat saya lebih terhibur ketika mengadakan persembahan,” ujar penyanyi kacukan itu lagi.

0 comments: