Julia Perez Sudah Bebas, Kini Derma Al-Quran



Siapa yang masih ingat lagi dengan kisah pergaduhan dua orang selebriti dari Indonesia iaitu Julia Perez dan Dewi Persik? Disebabkan isu ini, pada 18 Mac lepas, Julia Perez yang juga dikenali dengan nama Jupe ini telah ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia di rumahnya untuk menjalani hukuman penjara selama 3 bulan.

Namun, bagi anda yang masih belum mengenali siapa Jupe, mungkin anda boleh cuba cari kata carian ‘Zed Zaidi & Jupe’ di laman carian Google. Oh ya, bukannya gosip cinta, tapi Jupe sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi sehingga menyebabkan Presiden Persatuan Seniman itu mengecamnya di laman Twitter.

‘Barang yang lepas, jangan dikenang.’ Mungkin inilah pepatah yang boleh kami gunakan sekarang.


Menerusi sebuah portal hiburan dari seberang, Jupe hari ini secara rasminya telah dibebaskan dari penjara selepas 3 bulan meringkuk disana. Pembebasannya ini juga adalah selepas dua hari dia dianugerahkan trofi ‘Pemeran Utama Wanita Terpuji’ di Festival Film Bandung (FFB) 2013 untuk filem yang dibintanginya, ‘Gending Sriwijaya

Menariknya, selepas dibebaskan, Jupe terus menunaikan nazarnya untuk mendermakan kitab suci Al-Quran ke sejumlah masjid. Bukan setakat itu, selebriti terkenal ini juga telah disambut dengan karpet merah.

Baguslah kalau begitu, semoga Jupe berubah menjadi lebih baik untuk diri dan para penyokongnya.

Sebelum ini, kami difahamkan bahawa Jupe akan mengubah namanya dengan menukarkan nama Perez kepada Riche selepas dibebaskan



0 comments: