Faizal Tahir Kena Gam Oleh Media Prima?


Terkejut juga kami. Bukan apa, rasanya semua orang tahu yang Faizal Tahir adalah anak emas Media Prima. Yang tambah menghairankan, alasan politik digunakan untuk menggam penyanyi hebat ini. Pelik kan?

Ura-ura ini semakin kuat apabila Faizal Tahir menerusi akaun Twitternya mengeluarkan kenyataan berbaur sinis. Kemungkinan Faizal Tahir kecewa kerana beberapa persembahan yang melibatkan dirinya dan Media Prima dibatalkan secara tiba-tiba.


Bagi kami, agak keterlaluan juga sekiranya alasan politik digunakan untuk menghalang aktiviti seni Faizal Tahir. Negara kita adalah negara demokrasi dan bebas bersuara. Takkanlah kerana berlainan fahaman politik perkara sebegini dilakukan. Macam tidak berhati perut pun ada jugak kan? Apa kata anda?

0 comments: