“Apa Yang Ditulis Abil itu Terlalu Ikutkan Perasan” – Nas-T


Sebelum ini kami siarkan luahan hati Abil atau nama betulnya Nabila Huda mengenai perasaannya terhadap hubungan cinta dengan Nas-T melalui gambar di Instagram. Hari ni kami dapat jawapan sendiri daripada Nas-T tentang tindakan Abil itu.
“Saya sendiri pun tak tahu nak cakap apa. Lebih baik bertanyakan sendiri kepada Abil. Cuma apa yang boleh saya katakan, apa yang ditulis itu terlalu ikut perasaan. Saya pun belum sempat lagi nak bercakap hal berkenaan dengannya. Memandangkan kami sedang sibuk di lokasi penggambaran, mungkin selepas ini baru ada masa untuk bercakap hal itu,” ujar Nas-T.

Ramai yang mentafsirkan bahawa hubungan mereka sudah berakhir jika dilihat bait-bait perkataan yang Abil ucapkan di dalam gambar tersebut. Namun, menurut Nas-T hubungan mereka masih OK namun dia masih belum berkesempatan untuk berjumpa dengan Abil untuk berbincang mengenai isu ini.
“Hubungan kami OK. Tiada apa-apa masalah dan kami pun pernah berjumpa tapi ketika itu belum lagi bercakap ke arah yang lebih serius akan hubungan kami.” tambah Nas-T lagi.

0 comments: